HUKUM MENGERJAKAN UMRAH
Pendapat jumhur ulamak mengatakan bahawa umrah itu wajib dilakukan seumur hidup sekali. Ada hadis yang menyebutkan yang umrah dalam bulan Ramadan menyamai pahala ibadah haji. Ada satu lagi hadis yang mana Rasulullah s’a.w. bersabda yang haji dan umrah itu kedua-duanya fardhu, tidak mengapa mengerjakan yang mana dahulu.
Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 196 menyebutkan bahawa
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
WAKTU SESUAI KERJAKAN UMRAH
Umrah boleh dilakukan bila-bila masa sahaja dalam setahun kecuali jika seseorang itu sedang buat ibadat haji.
RUKUN UMRAH
Terdapat lima perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh jemaah.Pelaksanaan Rukun Umrah tidak boleh dibuat dengan mewakilkannya kepada orang lain. Sekiranya salah satu daripada Rukun Umrah ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah.
RUKUN UMRAH 1- Niat
Setiap ibadah hendaklah dimulai dengan niat. Jika seseorang itu tidak berniat sama ada sengaja atau terlupa umrahnya menjadi tidak sah. Berniat umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta'ala.”
RUKUN UMRAH 2- Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun yang sangat penting dalam ibadat umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah dan justeru itu Sai'e, iaitu rukun yang berikutnya juga akan menjadi tidak sah.
Ertinya : “Sahaja aku berniat umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta'ala.”
RUKUN UMRAH 3- Sai'e
Sai'e adalah juga satu rukun yang penting dan perlu dilaksanakan dengan sempurna. Walaupun begitu sahnya Sai'e bergantung kepada sahnya tawaf. Jika kerana sesuatu sebab, tawaf tidak sah maka Sai'e yang walaupun dibuat dengan sempurna akan turut menjadi tidak sah.
RUKUN UMRAH KE 4: TAHALLUL
bergunting atau bercukur sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Bagi jemaaah lelaki adalah disunatkan untuk bercukur.
Perbuatan ini hendaklah dilakukan setelah selesai tawaf dan sa’ie umrah.
RUKUN UMRAH KE-5 : TERTIB
Tertib bermaksud melakukan umrah secara berturutan satu persatu mengikut aturan : Niat ihram - tawaf - sai'e - tahallul - tertib





No comments:
Post a Comment